Saturday, May 14, 2011

Mengenali Hantu Kak Limah

Mungkin saya agak terlewat daripada orang lain untuk menonton filem yg menjadi bualan orang ramai Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid ini. Walaupun telah ditayangkan di seluruh negara pada 9 december 2010, hari ini (14 Mei 2011) baru saya berkesempatan untuk menonton filem ini. Itupun disebabkan pemberian Soft Copy dr kawan-kawan. Apa yang membuatkan saya PERLU untuk tengok filem ini, adalah komen-komen positif yang saya terima. Paling hebat bila ada yang mengatakan " Filem ini satu-satunya filem melayu yang memberi "wow" selepas menontonnya di pawagam". Sampai begitu sekali!

Sebenarnya sudah 2-3 kali sebelum ni saya cuba untuk menonton filem ini. Tapi filem ini TIDAK MAMPU membuat saya duduk dan menonton filem ini sehingga tamat. Perkembangan cerita ini agak perlahan dan sangat membosankan. Jadi hampir 3 kali saya lebih berminat untuk Close Filem ini dan memberi sepenuh konsentrasi kepada FB dan lain2. Tapi malam ni saya PAKSA mata saya untuk terus menonton filem ini. Walau dalam hati saya " Citer apa la ni....".

Saya merupakan peminat filem melayu yang utama. Itu adalah Fakta. Tetapi maaf, filem ini gagal mendapat perhatian saya. Bagi saya cerita ini Kosong. Apa yang boleh dibanggakan adalah Dialog dalam filem ini yang menjadi ikutan ramai. "Kite Bakor", 'Soley-soley", "cecite-cecite" dan banyak lagi memang saya akui menjadi ikutan ramai. Lawak-lawak yang dipamerkan juga boleh menjadi gelak tawa tapi bagi saya hanya gelak kosong. Dan yang paling utama, ye filem ini mengangkat martabat loghat perak. Tapi yang lain-lain - NOTHING! MAAF!

Saya tak salahkan pengarah dan penerbit filem ini. Kerana mereka melakukan tindakan yang betul. Mengeluarkan cerita ini kerana anda semua diluar sana memang memberikan perhatian kepada cerita-cerita bercorak begini. Tidak hairan kutipan filem ini lebih daripada 7 juta penonton. Tapi mungkin saya adalah satu-satunya yang tidak "menghargai" filem ini. Namun saya juga penonton, yang punya akal fikiran dan berhak memberi komen. Majulah filem kita. Dari segi teknologi, penceritaan, skrip, lakonan dan juga kesan kepada masyarakat.

p/s: mungkin salah saya tidak menonton di pawagam. =)

0 comments:

Post a Comment