Malam selasa lepas aku berkesempatan menonton Filem Ketujuh Terbitan KRU Studios yang diberi Tajuk KARAK. Dari bandaraya Sungai Petani , kami berlima ke Jusco Perda, Bukit Mertajam untuk menonton filem ini. Aku sangat excited dan teruja untuk menonton filem ini sejak melihat teaser filem ini satu ketika dahulu. Mungkin juga dek kerana memang aku dibesarkan dengan cerita-cerita dongeng (atau pun benar) yang berlaku di sepanjang lebuh raya KARAK, maka ia mendorong aku untuk pergi menonton dan melihat sendiri bagaimana 3 beradik yang sangat kreatif ini memanifestasikan cerita-cerita tersebut kepada sebuah filem.
Cerita Karak ini dimulakan dengan 4sekawan yang hendak ke negeri Pahang. Disebabkan ada kesesakan yang sangat teruk, mereka membuat keputusan untuk melalui jalan lama untuk ke sana. Cerita ini bermula dengan sangat baik apabila dalam perjalanan mereka berhenti untuk ke tandas dan banyak peristiwa berlaku. Antaranya kanak-kanak mencari ibu, Ibu mencari anak, dan Ibu yang ingin menumpang. Kesemua cerita-cerita ini memang popular dan dikaitkan dengan Karak dan digarap dengan sangat bagus yang mampu memberi impak seram kepada penonton. Selepas mereka menyambung perjalanan, mereka dikejutkan dengan kehadiran Volkswagen tanpa pemandu seperti yang selalu yang diceritakan kepada kita tentang Highway Karak.
Namun selepas itu, berlaku kemalangan dan bermula daripada saat ini hilanglah indentiti dan cerita-cerita Karak yang biasa kita dengar. Yang tinggal hanyalah sebuah cerita pengembaraan yang berjumpa dengan benda-benda halus sama seperti cerita hantu lain. Sangat Mengecewakan. Kerana harapan ke panggung wayang untuk melihat Mitos Highway karak dipaparkan tidak sampai pun 1/2 perjalanan cerita dan kemudian disogokkan dengan cerita hantu yang saya sendiri pun tak mahu melaburkan duit menontonya dipawagam mahupun dirumah melalui Astro First.
Komen saya, kita memang terbiasa disogokkan dengan bayangan hantu, jejak-jejak hantu, dan akhir filem barulah kita diperkenalkan dengan hantu tersebut. Untuk filem ini, mungkin KRU ingin membuat kelainan, menggunakan teknik CGI kepada hantu-hantu mereka, namun amat mengecewakan apabila seawal 15 minit yang pertama, kita sudah di pertontonkan dengan wajah hantu tersebut dan lebih menyedihkan saya tak nampak ia seperi hantu. Tapi seperti nenek kebayan. Maka elemen suspen itu sudah tiada selepas 15 minit filem ini bermula. Dan bagi saya untuk filem ini, KRU hanya bersandarkan kepda kekuatan TAJUK filem ini dan pelakon2 baru yg memang digilai ramai seperti Shahir. tak lupa pandai KRU mengeksploitasi pelakon yang bernama Kila Fairy . Tapi secara keseluruhan Filem ini kurang "JIWA" kerana saya rasa KRU terlalu fokus kepada teknologi, sehingga JIWA kepada jalan cerita ini kurang.
Namun saya sangat menyukai teknik imbas kembali (flashback) yang digunakan KRU untuk menceritakan sebenarnya hanya wanita itu sahaja yang masih selamat dalam kemalangan. Filem ini, saya sangat suka sebelum mereka kemalangan, Selepas Kemalangan, maaf ia nonsense!
p/s- kenapalah, semenjak dua menjak ini filem melayu yang aku tengok mengecewakan. Aku salah pilih ataupun taste aku yg sudah berubah ??? hurmmmm.. Filem apa pulak lepas ni ye ??

0 comments:
Post a Comment