Thursday, June 2, 2011

Ulasan Filem: Nur Kasih The Movie.


Tiada siapa mampu untuk menyangkal yang mana drama Nur Kasih satu ketika dulu memang menjadi fenomena di Malaysia. Kesana-sini, semua bercerita pasal Nur Kasih terutama mak cik makcik dan golongan perempuan. Memang drama ini boleh dikatakan sebagai Drama Keluarga apabila ada yang sanggup untuk tidak keluar rumah semata-mata tidak mahu ketinggalan mengikuti drama ini. Atas sambutan luar biasa terhadap drama ini, pengarahnya Khabir Bhatia membuat keputusan untuk mengadaptasi drama ini kepada sebuah filem yang diberi judul Nur Kasih The Movie.

Kerana sambutan luar biasa terhadap drama ini, ramai yang menantikan kemunculan Filem Nur Kasih The Movie ini termasuk aku. Memanh tak sabar untuk melihat Filem ini kerana aku juga meminati drama Nur Kasih dulu sehingga aku snggup google apakah kesudahan drama tersebut. Jadi memang aku PAKSA kawan-kawan untuk pergi jugak tgk citer ni waktu kt KL hari tu. Perkembangan cerita ini pada kesuluruhan adalah sangat lambat. Tapi sinematografi yang cantik membuatkan mata aku masih kekal segar menunggu satu per satu babak.

Komen aku mudah, filem in perkembangan plotnya SANGAT LAMBAT. bagi aku hanya sesuai untuk drama-drama yang dicipta agar penonton menunggu dari minggu ke minggu. Untuk filem, ia sangat membosankan. Konflik kehilangan adam pula TERLALU BIASA untuk dibangkitkan. Dalam drama sudah ada konflik kehilangan Adam, kenapa perlu dalam filem lagi ? Kita sebagai penonton lebih mahukan konflik lain seperti Aidil yang kembali menyukai Nur , konflik adik Nur atau apa sahaja yang lari dari sesuatu yang kita jangka. Nasib baik ada konflik2 lain yang masih boleh difikirkan seperti konflik aidil kematian isteri, konflik budak remaja yang tak tahu mana asal usul cerita dan juga konflik kecederaan Adam. Tapi sayang, semua ini hanya konflik minor, yang Major, TETAP MENGECEWAKAN.

Kesimpulannya, tak semua yang drama boleh difilemkan dan sebaliknya. Dan saya akui, ada perasaan sebak ketika menonton filem ini, tapi bukan kerana Nur dan Adam ataupun Aidil. Tapi kerana perasaan dan pengorbanan ibu mereka terhadap anak-anaknya saya kira lebih layak untuk ditangisi. Airmata saya terlalu mahal untuk dititiskan hanya untuk konflik Suami-Isteri yang selalu ditayangkan di Cerekarama. maaf, Nur Kasih The Movie, Indah Khabar dari Rupa!

0 comments:

Post a Comment