Saturday, September 17, 2011

Dugaan Kecil Dari Allah. Aku Redha~~~

Pagi 14 September 2011, tak seindah seperti biasanya.... Seawal jam 6.00 pagi, ketika sedang dibuai mimpi indah, aku rasa pedih kt bahagian muka. Aku bangun terus ke depan cermin then aku tengok bawah mata aku ada merah macam ruam. Aku tak tahu nk fikir apa, aku terus tidur balik... Then aku bangun balik, aku rasa tak selesa kt muka. Lepas tu aku terus teringat yang semalam, waktu aku pergi Kompleks Sukan kt UiTM, mmg banyak serangga bernama CHARLIE..... But aku still try untuk tidak mempercayai aku terkena charlie ni. Ok, sebelum terus bercerita, jom tgk apa sebenarnya charlie ni. Aku try tanya MR google tentang "Serangga Charlie"... antara hasil yg menarik:

Serangga Charlie boleh bawa maut!

Gigitan si Charlie yang berbisa


Menakutkan tengok hasil-hasil Mr google. ni. Mari kita belajar apa itu Charlie .....

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)


Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang .


Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Ni lah rupa MR Charlie. Hate U !

So pagi tu aku dinasihatkan untuk jumpa doktor oleh housemate2 sbb dorg kata berkenaan dengan muka. Alang-alang dah berada di hospital Besar Sg Petani, aku pun masuklah jumpa doktor. (Matilah kalau mak aku tahu aku pergi Hospital Gomen, Dia mmg xsuka hospital gomen ni). Seperti biasa hospital gomen ni nk kene tggu berjam-jam lamanya. Then lepas 2-3 jam jugak baru aku dpt jumpa sorg doktor cina ni. Aku pun ceritakanlah dan tnya betul ke kene charlie.... Apa respon dia ??

"Charlie ? Apa tu ??" " You tidur tak tepuk bantal kot ??" " ke you pakai kosmetik ni ??"

Pastu dia pun tulis la kt dalam komputer dia... Then dia kata pergi ambil ubat. Tak da maknanya aku nk pakai ubat yg dia bagi. Menatang Charlie pun dia tak tahu, then dia leh bg ubat...... Kang tak pasal pulak jadi bende lain. Disebabkan aku tak puas hati, aku pergi Jumpa Dr dekat Unit Kesihatan UiTM Merbok ni. Dora bese handle isu-isu Charlie ni... Tapi on that day, semua orang sibuk membuat persiapan jamuan raya. Dr tu tak da. M.A je ada. Aku tnya la dkt M.A tu, then dia jawab "Confirm ini Charlie. Saya dh expert bab-bab charlie ni". Dalam hati aku, "OK, Habislah muka aku!". Then dia bg la suggestion ubat apa nak pakai.

Tapi aku still tak puas hati sebab tak dapat jumpa Dr. Keesokan harinya, (malam tu, tersedar ada lagi satu kesan kt belakang leher... :-( ) dekat jamuan raya tu, aku confident panggil Dr pergi tepi dan tanya dia. Mula2 jawapan dia "Less more macam charlie...." aku dh lega sikit. Then aku tnya "Less more ye??" pas2 dia terus jawab "Bukan less more, memang confirm charlie!". Luluh hati aku. Habislah muka aku..... Sebab gigitan charlie ni, mula2 dia merah. Pas jadi hitam. Lepas tu dia akan luka n bernanah then baru tinggal parut. Dahlah besar gak kene kt muka aku. plu kt leher lagi. Sekarang aku dekat level kedua. Nk ke hitam dh.... Aku redha dengan Ujian ini.

p/s : esok aku post perubahan muka dr 1st day till 3rd day. Tak larat dh malam ni. Nyte!

0 comments:

Post a Comment