Saturday, September 17, 2011

Oh Muka Ku!

Entry ni sambungan kepada entry lepas. Rajin sungguh aku mengeupdate blog sakit2 ni. Kerja belambak, tak mau buat. huhuhu. Ok la, hari ni nak share kesan kepada Asid Mr Charlie. Sepanjang belajar kt Kedah dulu, tak pernah kene menatang ni.... Dh kerja pulak la kene. Dari kecik aku jaga kulit muka yang tulus mulus ni, sekejap je Mr Charlie datang merosakkannya. Benci! (Tapi redha... cuma geram. Tapi redha. Redha. huhuhh)

Apa Rasanya ?

Yang pasti xbest. Rasa macam kulit terbakar. Pedih. Kalau pegang kt tempat yang kene tu rasa cam luka kering. Melalui pembacaan aku, selalunya kene bawah mata dn juga leher. Tapi kes aku, mmg bernasib baik kerana kene kt KEDUA-DUA tempat tu. Yang leher lebih menyakitkan leher kita kan bergerak, setiap kali bergerak sakit la. Kat Muka kurang sakit, tapi bila tengok cermin memang MENYAKITKAN hati......

Yang ni adalah PIC hari pertama. Ada merah-merah sikit then nampak mata lebam sebab kene bawah mata. Waktu ni tak perasan yang kt leher pun ada jugak. Jangan tanya kenapa masam je muka, sbb kalau korg kene sure reaksi yang sama mcm aku.... huhuhuh. (Tapi, kenapalah si charlie ni tak kene kt tangan ke ? muka gak yang dia nak..... Takdir,takdir)


Aku terpaksa stop kt sini. Aku try masukkan gambar 3rd day, tapi tak boleh. Dah penat try dh. Maybe Blogspot ni tengah gila. Yang pasti muka aku semakin hari semakin jelas parut dia. Nantila esok2 aku masukkan pic lagi..... Untuk kali ni, sampai sini sahaja.

P/S - ada ketikanya tanpa aku sedar ada air bertakung dikelopak mata. Itu sahaja yang aku boleh lakukan menahan kesakitan. Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini. Apa yang aku harapkan, semoga keadaan cepat kembali kepada sedia kala....Amin. :-(

0 comments:

Post a Comment